Monday, October 5, 2015

Dasar Ekonomi Baru



1.0     PENGENALAN
Dasar  Ekonomi  Baru  (DEB)  telah  diperkenalkan  pada  tahun  1971  selepas  peristiwa  berdarah  13  Mei  1969.  Secara  umumnya,  pelaksanaan  DEB  adalah dirangka  untuk  tempoh  selama  20  tahun,  bermula  dari  tahun  1971  hingga  tahun 1990 . DEB  dilaksanakan  bersama  Rancangan  Malaysia  Kedua  yang  bertujuan  untuk  :
        i.            Mengurangkan  dan  seterusnya  membasmi  kemiskinan  dengan  menambahkan  pendapatan  dan  membanyakkan  peluang  pekerjaan  kepada  semua  rakyat  tanpa  mengira  kaum.
      ii.            Untuk  mempercepatkan  proses  penyusunan  semula  masyarakat  bagi  memperbaiki keadaan  ekonomi  yang  tidak  seimbang  dan  seterusnya  menghapuskan  pengenalan  kaum  mengikut  fungsi  ekonomi.[1]











2.0       LATAR BELAKANG DEB
            Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
[2]Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orang Melayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan dunia hiburan.
[3]Selain daripada itu, semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Perpaduan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perpaduan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan
Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969







3.0     PERMASALAH KAJIAN
          Kerajaan semasa DEB, telah menyusun strategi-strategi dan program-program untuk semua sektor koperat negara. Oleh kerana DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat, kumpulan etnik yang ketinggalan sebelum perlaksanaan DEB akan memperolehi peluang untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Kumpulan etnik yang ketinggalan dari segi sosio-ekonomi adalah masyarakat Melayu dan India. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada program-program kerajaan lebih memberi keutamaan terhadap kaum Bumiputera.
        Kedudukan kaum Cina tidak tergugat kerana keadaan sosio-ekonomi mereka yang jauh lebih baik dari kaum Melayu dan India. Tetapi kaum India yang mempunyai kedudukan sosio-ekonomi yang rendah telah tidak berpeluang meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi mereka. Ini menyebabkan mereka telah ketinggalan selepas tamatnya DEB.
        Kegagalan masyarakat India Malaysia meningkatkan pemilik ekuiti bermakna pembahagian kekayaan negara kepada kaum India telah tidak terjadi. Salah satu objektif utama DEB adalah untuk pembahagian semula kekayaan negara dengan sama rata tanpa mengira kaum. Ini bermakna DEB telah tidak berjaya sepenuhnya untuk membahagikan kekayaan negara terutamanya kepada masyarakat India jika dibandingkan dengan masyarakat Cina dan Bumiputera.
        Kajian ini akan dibuat untuk melihat kesan mengapa kaum India ketinggalan dari segi sosio-ekonomi selepas perlaksanaan DEB dengan diberi penekaan terhadap pemilikan ekuiti mereka. Punca pemilikan ekuiti masih lagi kekal pada paras 1 peratus dalam sektor koperat selepas 20 tahun perlaksanaan DEB. Kajian juga akan dibuat untuk melihat kesan-kesan lain yang saling berkaitan di antara satu sama lain yang menyebabkan masalah ini hasil daripada perlaksanaan DEB.
        Kajian ini juga adalah bertujuan untuk memenuhi kekosongan penyelidikan terhadap kedudukan sosio-ekonomi masyarakat India hasil daripada perlaksanaan DEB dengan memberikan tumpuan utama terhadap pemilikan ekuiti mereka. Golongan ini menjadi tumpuan kerana penyelidik merasakan mereka sebagai kumpulan etnik ketiga terbesar di Malaysia tetapi pencapaian mereka adalah tidak memuaskan dari segi ekonomi.
        Data dan kajian-kajian terhadap kaum Melayu dan kaum Cina telah banyak dilakukan untuk menganalisis pencapaian sosio-ekonomi mereka selepas tamatnya DEB. Manakala, kajian khusus terhadap kaum India tidak banyak diberi keutamaan atau dijalankan,.Oleh itu, penyelidik diharapkan kajian ini akan menjadi rujukan yang berguna.

4.0     OBJEKTIF
          Berdasarkan sastera yang terhad yang telah didokumenkan DEB terhadap masyarakat India, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif utama berikut:
a) Mengenal pasti gambaran yang menyeluruh mengenai kesan Dasar Ekonomi Baru terhadap masyarakat India di Malaysia
b) Menganalisis kesan Dasar Ekonomi Baru terhadap masyarakat india di Malaysia



5.0       KAJIAN LEPAS
Adalah didapati tidak banyak kajian yang mendalam dijalankan berkenaan dengan kaum India di Malaysia sama ada dari segi ekonomi, sosial dan politik. Buku oleh Arasaratnam (1974) bertajuk “Indian in Malaysia and Singapore” lebih menumpukan kepada evolusi masyarakat India sebelum perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Kajian terbaru yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dilakukan adalah dari [4]Gomez (1994) dalam bukunya “Political Business: Corporate Involvement of Malaysian Political Parties” dan “Sucked Oranges: The Indian Poor In Malaysia” yang diterbitkan oleh Insan.
[5]Arasaratnam dalam kajiannya lebih menumpukan kepada evolusi kedatangan kaum India ke Malaysia sejak dari zaman penjajah British sehingga akhir tahun 1960an. Buku ini ditulis kerana beliau mendapati tidak banyak penulisan yang lebih dibuat terhadap kaum India di Singapura atau Malaysia jika dibandingkan dengan penulisan-penulisan terhadap kaum Melayu atau Cina. Buku ini menerangkan kegiatan ekonomi, politik dan sosial kaum India di Malaysia dan Singapura.
[6]Buku oleh Insan bertajuk “Sucked Oranges: The Indian Poor In Malaysia” menfokuskan kepada kemiskinan kaum India di Malaysia. Ia menganalisa masalah sosial ekonomi dan sosial budaya kaum India yang membawa kepada kemiskinan. Buku tersebut juga telah memberikan beberapa cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kaum India yang telah ketinggalan. Dari aspek sosial ekonomi, buku tersebut melihat kedudukan perkerajaan masyarakat India. Peratus masyarakat India bekerja di sektor pertanian telah menurun daripada 50% dalam tahun 1957 kepada 32% dalam tahun 1985. Terdapat peningkatan dalam sektor industri pengeluaran daripada 25% dalam tahun 1957 kepada 36% dalam tahun 1985.

Menurut buku itu lagi pendapatan yang diperolehi oleh kebanyakan pekerja ladang adalah kurang jika dibandingkan dengan pendapatan yang diperolehi 15 tahun lepas walaupun terdapat peningkatan dalam tingkat pendapatan. Ini adalah kerana inflasi telah menyebabkan kuasa beli menjadi kurang.
















6.0       KAEDAH KAJIAN
6.1       METODOLOGI KAJIAN  
Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif  bagi mencapai objektif kajian yang telah digariskan. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang adalah melibatkan kaedah penyelidikan.

3.2       Kaedah Penyelidikan
            Kajian ini bergantung sepenuhnya terhadap data-data rasmi. Rujukan-rujukan termasuklah buku-buku, jurnal, majalah, thesis, penerbitan resmi kerajaan dan surat-surat khabar tempatan. Di antara sumber perpustakaan yang telah digunakan adalah Perpustakaan Utama Universiti Utara Malaysia, Perpustakaan awan Puchong Jaya, dan Pejabat Ibu MIC. Rujukan juga telah dilakukan di pusat sumber dan perpustakaan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai kajian, manakala bagi mendapatkan maklumat terkini data juga didapati dengan cara melayari internet.
 Selain daripada itu, penyelidik juga menggunakan kaedah dara primer iaitu temuduga. temuduga-t juga telah dijalankan dengan En. Arivind setiausaha pemuda MIC. Beliau juga member kerjasama yang sepenuhnya. Penyelidik dapatkan data-data rasmi daripada bantuan beliau.
           


7.0     PERBINCANGAN kAJIAN
KESAN DEB TERHADAP MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA:
       I.            Kesan Sosial
    II.            Kesan Ekonomi

7.1       ASPEK SOSIAL
7.1.1    Pendidikan
Pendidikan mempunyai impak yang amat besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperoleh dan meningkatkan kualiti kehidupan. Ini kerana, faktor ekonomi dan sosial seseorang bergantung kepada pendidikan yang diterima dalam proses keupayaan seseorang individu dalam mengurus kehidupan yang berkualiti. Menyedari hakikat ini, masyarakat India di luar bandar telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Tamil.
            Tetapi adakah keadaan di sekolah menyediakan suasana yang kondusif untuk belajar? Jelasnya, keadaan fizikal sekolah- sekolah Tamil pula berada dalam keadaan yang menyedihkan. Pada peringkat awal, bekas rumah asap turut diguna sebagai sekolah  Tamil ataupun sebagai bilik darjah. [7]  Keadaan yang sama (1997) masih boleh dilihat di SJK (T) Ladang Bukit Jalil, Selangor.[8] Sekolah ini mengubahsuai rumah asap menjadi bilik darjah kerana kekurangan bilik darjah. Sekolah-sekolah Tamil di luar bandar menghadapi situasi yang lebih teruk.
            Kerajaan memberi alasan bahawa sekolah-sekolah di ladang getah adalah milik perseorangan . Ini adalah kerana sekolah-sekolah ini telah dibina oleh majikan ladang di tanah perseorangan. . Lagipun kawasan perladangan tidak dikategorikan di bawah kawasan luar bandar oleh kerajaan . Jadi, majikan mempunyai kuasa untuk mendirikan sekolah walaupun ianya diubahsuai daripada rumah asap. Jadi, kerajaan memberi alasan adalah tidak wajar membaik pulih bangunan sekolah yang terletak di tanah persendirian ataupun swasta.[9] Kemudahan perhubungan dan pengangkutan untuk sampai ke sekolah Tamil juga tidak dibaik pulih oleh kerajaan.
            Disebabkan kesukaran untuk pergi balik ke sekolah-sekolah Tamil di luar bandar, ramai guru terlatih enggan datang bekerja sekolah kawasan perladangan yang kurang kemudahan infrastruktur. Oleh itu, kebanyakan guru yang berkhidmat di sekolah Tamil di ladang adalah terdiri daripada guru sambilan (tidak terlatih ) daripada golongan veteran .
            Akibat situasi pembelajaran yang berkesan dan sistematik tidak dapat dilahirkan, ramai pelajar India cicir dari alam persekolahan sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah. (rujuk Jadual 3.1.1). Salah satu faktor penyumbangnya adalah status ekonomi keluarga pelajar tersebut. Sumber pendapatan keluarga yang tidak mencukupi mennyebabkan pejar-pelajar tersebut tamatkan pelajaran di tahap awal lagi, dan pergi membantu bekerja di ladang.
Bagaimana pula dengan kaum lain di Malaysia ? adakah keadaan mereka juga sama? Jawapannya tidak. Pada zaman DEB, kerajaan telah membina sekolah-sekolah asrama penuh, dan MRSM untuk  membantu  pelajar  Melayu di luar bandar dapat meneruskan pelajaran mereka tanpa sebarang masalah kewangan. Namun bagi kaum bukan Bumiputera, halangan demi halangan telah dibina. Pada peringkat sekolah menengah Tingkatan Peralihan diwujudkan. Melalui sistem peralihan ini pelajar kaum India dan Cina yang kurang cemerlang dalam pendidikan akan diasingkan daripada pelajar  cemerlang yang lain. akibatnya ramai pelajar akan hilang minat untuk belajar di Tingkatan Peralihan kerana pendidikan mereka tidak akan banyak dititikberatkan oleh pihak sekolah. Tetapi bagi kaum Bumiputera yang kurang mahir, sekolah-sekolah Vokasional dan sekolah-sekolah teknik telah dibina supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka pada masa depann dengan sekurang-kurangnya sebuah kemahiran di tangan mereka. Bukan itu sahaja, di peringkat IPTA sistem kuota diperkenalkan di mana pengambilan pelajar ketiga tiga kaum adalah berdasarkan sebuah kuota iaitu sebuah pengehadan. Sedihnya, dalam sistem ini pun, 1 kaum sahaja yang diutamakan.   Jadi, kerajaan telah menyediakan beberapa bantuan kewangan melalui MIC. MIC telah memulakan Tabung Pelajaran MIC yang pertama pada tahun 1972. Tabung ini kemudiannya dikenali sebagai Tabung Biasiswa Tan Sri Manickavasagam. Bantuan kewangan diberikan ini bertujuan untuk mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan masyarakat India.
“Pemberian biasiswa ini adalah untuk
pelajar-pelajar Sekolah Menengah
dari Tingkatan Tiga hingga Enam dan Institut- institut
Vokesyenal dan Pengajian Tinggi atas nasihat
Cawangan-cawangan MIC”[10]
Selain itu, dorongan MIC juga telah membina KOLEJ TAFE untuk membantu ramai pelajar India melanjutkan pelajaran. Tetapi ianya tidak banyak membantu kerana KOLEJ TAFE adalah kolej swasta (rujuk Jadual 3.1.2). Dan secara keseluruhannya kaum India tidak  mendapat manfaat daripada Dasar Ekonomi Baru dari segi pendidikan.





KADAR KECICIRAN DARI DARJAH 1 KE DARJAH 6 DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PENGANTAR BAHASA TAMIL 1973-1983
SEMENANJUNG MALAYSIA

DARJAH 1

DARJAH 6
KECICIRAN
TAHUN
BILANGAN MURID
TAHUN
BILANGAN MURID
BILANGAN MURID
%
1968
16 361
1973
10 576
5785
35.36
1969
15 460
1974
10 870
4590
29.69
1970
15 097
1975
11 612
3485
23.08
1971
14 049
1976
12 485
1564
11.13
1972
14 631
1977
12 437
2194
15.00
1973
13 874
1978
12 152
1722
12.41
1974
14 098
1979
12 650
1488
10.27
1975
13 853
1980
11 935
1918
13.85
1976
13 245
1981
11 569
1676
12.65
1977
13 194
1982
11 433
1761
13.35
1978
12 865
1983
11 297
1568
12.19

SUMBER :      Kementerian Pelajaran Malaysia, Keciciran, “Perangkaan Mengenai Kadar Keciciran, Di Peringkat Sekolah Rendah Di Semenanjung Malaysia. Bagi Tahun 1973-1983:, Kuala Lumpur : Unit Data, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran, Kuala Lumpur, 1984, hlm 5.
                                                                        Jadual 3.1.1
KEMASUKAN PENUNTUT KE KOLEJ TAFE

TAHUN
JUMLAH PENUNTUT
1978
260
1979
344
1980
538
1981
654
1982
722
1983
1105
1984
1220
1985
1365
1986
600
1987
597
1988
1049
1989
1171
1990
899
1991
1750
1994
2298
1995
3010
1996
3200



SUMBER :     Laporan Tahunan MIC (1978- 1995)
                                                                        Jadual 3.1.2

7.1.2    KESIHATAN
Dari segi kesihatan pula, ia tetap menunjukkan keadaan yang kurang memuaskan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar, iaitu di kawasan perladangan di mana cuma sebuah klinik kecil yang disediakan. Dan di sini pun cuma ditugaskan seorang pembantu perubatan yang tidak begitu arif tentang perubatan. Walaupun  Dasar Ekonomi Baru melancarkan strategi untuk meningkatkan kesihatan penduduk, naunm kesannya tidak sampai kepada masyarakat India khususnya yang tinggal di kawasan perladangan kerana masyarakat ladang dikategorikan sebagai masyarakat swasta. Misalnya, bagi kes-kes tertentu, masyarakat India terutamannya di kawasan perladangan terpaksa pergi ke kawasan yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap. Hal ini kerana kebanyakan kawasan ladang tidak mempunyai kemudahan hospital yang lengkap.
Pada pertengahan Rancangan Malaysia ke Empat , kadar pengangguran masyarakat India adalah yang paling teruk berbanding dengan etnik-etnik lain. Bilangan kematian bayi dan pengguguran kandungan juga semakin meningkat; peratus berat bayi kurang daripada 2.5 kg adalah paling tinggi bagi komuniti India[11]. Keadaan malnutrisi dan serangan cacing berada pada keadaan kritikal bagi kanak-kanak India pada ketika itu.
the intake of calories, proteins, calcium, iron and riboflavin
very deficient in the diet of Indians, which adversely affected
the chilren’s potential for growth and development[12]
7.1.3    MIGRASI     
Jadual 3.1.3 menunjukkan jumlah penduduk mengikut kaum di bandar. Adalah didapati daripada jadual tersebut, terdapatnya peningkatan dalam penghijrahan penduduk ke bandar oleh semua kaum. Ini adalah kerana beberapa faktor hasil daripada perkembangan sosio-ekonomi negara. Penghijrahan masyarakat luar bandar  ke bandar telah menyebabkan peningkatan masalah kemiskinan di bandar. Di antara faktor-faktor lain yang turut meningkatkan bilangan masyarakat miskin India di bandar adalah kemasukan buruh-buruh asing dari negara jiran dan peluang mendapatkan pendidikan tinggi yang terhad.
SEMENANJUNG MALAYSIA: Taburan Penduduk Bandar Mengikut Etnik dan Kadar Urbanisasi,
1947, 1957, 1970, 1980, 1985, 1990
Masyarakat
1947
1957
1970
1980
1985
1990
Kaw.bandar
%
Kaw.bandar
%
Kaw.bandar
%
Kaw.bandar
%
Kaw.bandar
%
Kaw.bandar
%
Malays
Chinese
Indians
Others
7.3
31.1
25.8
46.2
11.2
44.7
30.6
49.3
14.9
47.4
34.7
40.8
25.4
56.0
41.2
41.6
30.0
59.2
43.5
47.5
35.0
62.2
46.0
43.4
Total
15.9
26.5
28.7
37.5
41.4
44.7

SUMBER : Pelbagai Rancangan Lima Tahun Malaysia
Jadual 3.1.3
            Migrasi dari luar bandar ke bandar dalam kalangan masyarakat India adalah terdiri daripada muda-mudi. Seperti yang dinyatakan oleh SERU dalam kajian mereka ke atas pekerja  ladang getah, purata peratus pekerja estet adalah 38 tahun. Purata umur pekerja estet berumur di bawah 25 tahun adalah 15.6 peratus berbanding dengan 35.2 peratus daripada jumlah tenaga buruh negara.[13]
Perkembangan pendidikan juga telah menyebabkan ramai belia berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pendidikan professional. Ini adalah kerana keadaan pendidikan di estet serba kekurangan. Perubahan sikap belia juga telah menyebabkan penghijrahan ke bandar. Pekerjaan di ladang-ladang tidak menarik perhatian mereka untuk bekerja di sini kesan daripada peranan media massa dan perkembangan ekonomi negara. Mereka mula sedar bahawa pekerjaan di sektor perladangan tidak lagi menjamin masa depan mereka. Ini ditambah pula keadaan kemiskinan keluarga mereka telah mendorong mempercepatkan penghijrahan.
            Kemasukan buruh-buruh asing daripada Indonesia dan Bangladesh adalah satu lagi faktor yang menyebabkan penghijrahan. Buruh-buruh asing ini menerima bayaran yang lebih murah jika dibandingkan dengan buruh-buruh tempatan.
            Kebanyakan daripada golongan miskin di bandar terlibat dengan pekerjaan di peringkat rendah dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan dan kemudahan awam, perladangan dan perkhidmatan, penjaja serta pekerja awam berpendapatan rendah.[14] Kebanyakan daripada mereka yang mencari nafkah hidup dalam sektor  perkilangan, pembinaan, kemudahan awam, perdagangan dan lain-lain tinggal di kawasan setinggan.
            Satu kajian terhadap kelas pekerja India di bandar oleh Susan Oorjitham menyimpulkan bahawa:

the majority of urban Indian workers in this study were found to be experiencing extreme economic hardship, particularly enhanced during period of economic recession. Low incomes, low educational levels, low savings and low occupational mobility are major problems encountered. Apart from increasing their participation in secondary occupations particularly in the informal sector, there seems to be very little these workers can do to improve their economic condition. Among the two category of Indian workers, the industrial workers were found to be facing greater economic problems when compared with the public sector workers….Urban Malay workers are aided by the State through the NEP, while urban Chinese workers have a greater level of social connectedness through the role of Chinese commercial capital. Thus, urban Indian workers have a greater probability of being marginalized into urban poverty groups”[15]

            Dengan pendapatan yang rendah di bandar, berbanding dengan kos kehidupan yang tinggi maka masyarakat India terus hidup melarat. Ini bertambah rumit dengan ketiadaan tempat tinggal yang sempurna. Kedatangan mereka ke bandar tanpa tempat tinggal yang sesuai serta pekerjaan yang tetap akhirnya memaksa mereka menetap di kawasan setinggan, menumpang di rumah saudara-mara atau sahabat handai. Hal ini telah menimbulkan kesesakan dan keadaan hidup yang kurang sihat.
7.1.4    GEJALA SOSIAL
Akibat masalah setinggan, dan tidak dapat menyesuaikan diri di suasana bandar, masyarakat India telah melibatkan diri dalam gejala sosial untuk menjalani kehidupan mereka. Antara kes-kes jenayah yang sering dikaitkan adalah mencuri, meragut, menyamun dan sebagainya. Kian hari, kegiatan yang dilakukan secara kecil-kecilan telah menjadi begitu serius sampai mewujudkan kumpulan gangsterism dan menjual dadah.(rujuk Jadual 3.1.4) Kumpulan gangster seolah-olah menjadi pelindung kepada masyarakat India di sesebuah kawasan.[16]
JUMLAH KUMPULAN GANGSTER INDIA MENGIKUT
NEGERI SEHINGGA TAHUN 1996

BIL.
NEGERI
JUMLAH
1.
Pulau Pinang
13 kumpulan
2.
Negeri Sembilan
10 kumpulan
3.
Perak
8 kumpulan
4.
Kuala Lumpur
5 kumpulan
5.
Selangor
5 kumpulan
6.
Pahang
4 kumpulan
7.
Kedah
4 kumpulan
8.
Johor
2 kumpulan

SUMBER :     Maklumat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur 1997

AMARAN :     Tidak dibenarkan memetik sebarang statistic untuk kegunaan media massa, ucapan, kegunaan Parti Politik dan lain-lain tanpa kebenaran bertulis daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Sesiapa yang melanggar amaran ini boleh dikenakan tindakan undang-undang.

                                                            Jadual 3.1.4
Selain itu mengikut statistik yang diberikan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, peratusan penglibatan masyarakat India dalam jenayah kekerasan mengalami keadaan naik-turun. Contohnya pada tahun 1993. (rujuk Jadual 3.1.5)
                                                            Jadual 3.1.5
Negara mula mengalami pembangunan terancang mulai tahun 1980. Banyak peluang pekerjaan mula diwujudkan. Ini mengakibatkan berlaku migrasi masyarakat India dari kawasan perladangann ke kawasan perindustrian.  Jadi pendedahan mengejut kepada masyarakat India menyebabkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat India merebak dengan begitu cepat sekali. Menurut Khoo Kay Kim pula,
                                    Dadah itu suatu penyakit sosial, ia bermula
daripada rumah dan sekolah iaitu dua
alam sekitar yang berkait rapat dengan proses
sosialisasi pemuda pemudi satu-satu masyarakat[17]

Pendapat beliau ternyata jelas bahawa keluarga yang tidak aman menjadi punca masyarakat India terjebak dalam kancah najis dadah. Selain itu, sistem pendidikan yang diterima oleh masyarakat India juga turut menjadi salah satu punca masyarakat India melibatkan diri dalam kancah najis dadah selepas 1980an.
7.1.5    MASALAH PERUMAHAN
Di kawasan bandar, sejak tahun 70an, masalah perumahan telah menjadi semakin rumit berikutan dengan pentambahan penduduk pada kadar yang pesat. Pada ketika yang sama, harga tanah telah melambung naik. Keadaan sedemikian telah menyebabkan harga rumah semakin meningkat dan adalah dianggarkan hampir 75 peratus daripada penduduk bandar yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan tidak mampu memiliki rumah sendiri. Hanya sebilangan kecil dari golongan berpendapatan rendah ini mampu membeli rumah kos rendah yang dijual dengan harga tidak melebihi RM25,000 seunit. Namun demikian, pembinaan rumah kos rendah ini sangatlah terhad dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan yang sebenar. Tambahan pula masyarakat India terpaksa bersaing dengan kaum lain di dalam mendapatkan rumah kos rendah.
            Prestasi penyediaan rumah kos rendah pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan kerana projek ini tidak berdayamaju dari segi komersial dan beban subsidinya adalah terlalu tinggi jika penyediannya dikendalikan oleh sektor awam tanpa melibatkan pemberian milik tanah dan penyediaan kemudahan prasarana oleh pihak kerajaan sendiri. Manakala sektor swasta tidak berminat menyediakan rumah kos rendah seperti  yang diarahkan oleh kerajaan. Taraf kelayakan untuk membeli dan menyewa unit-unit seumpamanya adalah berdasarkan kepada pendapatan isirumah bulanan sebanyak RM500. Ini bermakna sebilangan besar masyarakat India di bandar tidak mampu menikmati kemudahan perumahan yang sempurna.
7.2       ASPEK  EKONOMI
7.2.1    Pekerjaan
Apabila sektor ekonomi berkembang pesat, negara mula mengambil langkah menuju kearah sektor perindustrian. Ramai pengusaha dan pemilik-pemilik ladang telah menutup ladang-ladang mereka dan menceburkan diri dalam bidang industri. Atas sebab pengurusan ladang kurang menguntungkan, ada pengusaha yang mula mengupah orang asing untuk masuk bekerja di ladang kerana pembayaran mereka cukup murah. Masyarakat India yang hilang punca pendapatan mereka, terpaksa berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Di bandar mereka tidak tahu bahawa sebuah “mimpi ngeri” menanti mereka. Kos hidup yang tinggi, skim perumahan yang mahal telah menyebabkan mereka tinggal di kawasan setinggan. Pada waktu-waktu beginilah mereka mula melibatkan diri dalam gejal-gejala sosial seperti mencuri, meragut untuk meneruskan kehidupan mereka.

7.2.2    Sektor
Pada petengahan 1970-an wujud pengurangan dalam guna tenaga  sektor perladangan akibat penurunan dalam harga getah. Berbanding Orang Cina dan Melayu, penglibatan kaum India dalam sektor perladangan getah ialah 63.5% dan kelapa sawit adalah tinggi dalam tahun 1986. Penglibatan kaum India dalam sektor pertanian semakin berkurangan atas dasar kerajaan yang tertumpu pada sektor pembuatan.
            Kaum India secara umumnya terkenal kerana penglibatan mereka dalam bidang-bidang profesional seperti kedoktoran, undang-undang dan lain-lain bidang walaupun jumlahnya adalah kurang. Walaupun begitu setelah DEB dilaksanakan dan tamat pada tahun 1990, jumlah kaum India dalam bidang Ikhtisas telah beransur merosot. Jumlah arkitek, jurukira, jurutera dan juruukur semakin berkurangan. Penurunan ini amat ketara untuk jurutera. Dalam tahun 1970 semasa DEB mula diperkenalkan, 13.5 peratus dari orang India dalam pekerjaan professional adalah terdiri daripada jurutera dan selepas tamatnya DEB dalam tahun 1990 kadarnya telah menurun kepada 5.3 peratus sahaja. Ini bermakna terdapat penurunan sebanyak 8.2 peratus dalam tempoh 20 tahun.
            Penglibatan yang amat menggalakkan didapati untuk pekerjaan sebagai doktor haiwan, doktor pergigian dan perubatan dan peguam. Bagi doktor haiwan peratusan telah bertambah dari 15.6 peratus dalam tahun 1970 kepada 46.5 peratus pada tahun 1980 dan kembali menurun kepada 37 peratus dalam tahun 1990. Manakala bagi doktor gigi pula, peratusan mereka telah meningkat daripada 5.1 peratus dalam tahun 1970 kepada 28.4 peratus dalam tahun 1988. Walau  bagaimanapun, jumlah doktor, peguam, doktor gigi dan dotor haiwan yang berketurunan India hanya berjumlah 3619 iaitu 0.6 peratus jika dibandingkan dengan jumlah tenaga kerja India di Malaysia. Majoriti yang lain adalah terdiri daripada pekerja estet dan pekerja bawahan di bandar-bandar.
7.2.3    Kemiskinan
Salah  satu daripada strategi pembangunan sosio-ekonomi yang digariskan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990) melalui rancangan Lima Tahun Malaysia adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum iaitu merangkumi kaum Bumiputera, Cina dan India. Kemiskinan di Malaysia tidak boleh disamakan dengan kemiskinan di negara-negara lain. Kemiskinan adalah berbeza dari negara ke negara, dari masa ke masa, mengikut tahap pembangunan ekonomi dan mengikut struktur sosial. Walaupun sesebuah negara itu maju, di dalam negara tersebut masih juga wujud kemiskinan. Oleh sebab itu tidak bermakna negara yang maju tidak wujud kemiskinan. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain juga menghadapi masalah kemiskinan. Kemiskinan di Malaysia mempunyai ciri-ciri tertentu berhubung dengan faktor etnik serta berkait dengan lokasi geografi dan aktiviti ekonomi tertentu.[18]
            Sebelum DEB mula diperkenalkan pada tahun 1970, kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia adalah 49.3 peratus. Ini menunjukkan hampir separuh daripada penduduk Semananjung Malaysia adalah terdiri daripada penduduk golongan  miskin. Kadar kemiskinan masyarakat India pada tahun itu adalah 39.0 peratus. Selepas tamatnya pelaksanaan DEB, iaitu pada tahun 1990 kadar kemiskinan negara bagi semua kaum telah menurun kepada 15 peratus manakala bagi kaum India telah menurun kepada 8.0 peratus seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2.1.
            Ini adalah satu pencapaian yang sangat menggalakkan terutamanya kepada masyarakat India.

SEMENANJUNG MALAYSIA : PEMBASMIAN KEMISKINAN
1970-1990


1970
1990

%
%
Semenanjung Malaysia


Kadar Kemiskinan
49.3
15.0
Luar Bandar
58.7
19.3
Bandar
21.3
7.3
Bumiputera
65.0
20.8
Cina
26.0
5.7
India
39.0
8.0
Lain-lain
44.8
18.0



Jadual 3.2.1
SUMBER :      Malaysia , The Second Outline Perspective Plan 1991-2000, ms. 46.

3.2.4    Purata Pendapatan Isi Keluarga
            Walau bagaimanapun, persoalan yang timbul di sini adalah apakah kriteria atau definasi yang digunakan untuk mengukur kadar kemiskinan?
            Pendapatan adalah perlu untuk menganggar kadar kemiskinan. Melalui pendapatan pengukuran kemiskinan boleh ditentukan melalui penetapan Garis Kemiskinan. Garis kemiskinan adalah satu paras pendapatan sekadar cukup untuk membeli makanan seisi rumah, kesihatan sempurna dan keperluan-keperluan asas lain (pakaian, perumahan, tenaga dan bahan api, pengangkutan dan persekolahan). Kumpulan yang pendapatan mereka berada di atas garis kemiskinan ini tidak berada dalam kemiskinan.
            Garis kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan juga sering menimbulkan persoalan. Ini adalah kerana penerangan tidak diberikan mengenai cara garis kemiskinan  diperoleh atau apa itu garis kemiskinan sebenarnya dalam setiap Rancangan Pembangunan Malaysia. Jumlah pendapatan yang paling hampir kepada garis kemiskinan kerajaan adalah diperoleh daripada satu kajian yang dijalankan pada tahun 1983 oleh Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERU) Jabatan Perdana Menteri. Jumlah yang diberikan adalah sebanyak RM384 sebulan untuk isi rumah  yang terdiri daripada 5 orang ahli.[19] Kadar kemiskinan pada tahun tersebut adalah 42.8 peratus. Manakala anggaran kadar kemiskinan rasmi pada tahun itu adalah 30.3 peratus. Pada tahun 1984, anggaran kemiskinan rasmi turun lagi kepada 18.4 peratus. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima menyatakan pendapatan garis kemiskinan yang digunakan bagi memisahkan isirumah miskin daripada isirumah tidak miskin di negara ini adalah RM350 sebulan pada tahun 1987 bagi sebuah isirumah yang mengandungi 5.14 orang ahli.[20]
            Persoalan di sini adalah sekiranya garis kemiskinan tersebut diturunkan maka kadar kemiskinan akan menurun dan jika garis kemiskinan dinaikkan maka lebih ramai yang miskin. Kerajaan menyatakan bahawa kadar kemiskinan telah turun daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 17.3 peratus pada tahun 1987. Dalam tempoh 18 tahun selepas pelaksanaan DEB kadar kemiskinan telah menurun kira-kira 32 peratus. Ini menakjubkan kerana kadar ini telah jatuh dari 29.2 peratus pada tahun 1980 kepada 17.3 peratus pada tahun 1987 iaitu sebanyak 12 peratus dalam tempoh tujuh tahun.
            Pada tahun 1957/58 purata pendapatan masyarakat India di kawasan luar bandar adalah RM213.50 sebulan manakala di kawasan bandar adalah RM225.50 sebulan.[21] Pada tahun 1970, purata pendapatan masyarakat India di kawasan luar bandar adalah RM234.10 dan kawasan bandar adalah RM441.60 sebulan.[22] Dalam tahun 1979, purata pendapatan masyarakat India adalah RM 756.00 sebulan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.2.2.
            Jika garis kemiskinan ditetapkan pada RM280 di kawasan luar bandar pada tahun 1970, kita akan dapati bahawa hampir 80% daripada masyarakat India di kawasan luar bandar tinggal di bawah paras kemiskinan. Begitu juga jika garis kemiskinan di kawasan bandar adalah RM390 pada tahun 1970, hampir 70% daripada masyarakat India adalah miskin.
            Sejak tahun 1957/58 hingga 1980, data yang diperoleh menunjukkan terdapat peningkatan pendapatan isirumah masyarakat India . Walaubagaimanapun, kita juga perlu mengambil kira bahawa harga telah meningkat hampir 80% dari tahun 1970-1980. Oleh sebab itu, angka tersebut hanya menunjukkan peningkatan sebenar pendapatan bulanan isirumah masyarakat India.
SEMENANJUNG MALAYSIA : Mean Pendapatan Bulanan Isirumah India (RM)
Menurun
1957/58

1970
1979
Luar Bandar
Bandar
Luar Bandar
Bandar

Bawah
52.3
40.2
41.6
49.1
86.6
Ke 2
116.4
91.3
95.8
114.5
213.1
Ke 3
138.2
112.0
119.7
145.7
292.9
Ke 4
158.1
131.5
142.6
176.1
376.6
Ke 5
178.3
151.9
166.9
202.2
471.8
Ke 6
200.4
174.6
194.2
248.4
587.2
Ke 7
226.1
214.6
227.4
335.4
736.9
Ke 8
259.0
280.6
271.6
471.1
952.2
Ke 9
305.7
382.8
369.4
771.4
1331.5
Atas
500.4
675.6
711.4
1902.3
2511.2
Semua
213.5
225.5
234.1
441.6
756.0
Jadual 3.2.2
Sumber : Yukio Ikemoto, ”Income Disdtibution in Malaysia: 1957-1980”, The Developing Economies, XXIII-4 (December 1985) ms.350

7.2.5    Pemilikan Ekuiti
Statistik-statistik yang diberikan oleh kerajaan terutamanya dalam hakmilik modal saham (pada nilai par) syarikat-syarikat berhad mengikut kaum hanya diberikan sejak tahun 1986.[23] Sebelum ini data-data yang diperoleh adalah pembahagian hakmilik modal saham dalam kategori bumiputera dan bukan bumiputera. Kaum India menanggung kerugian kerana digolongkan bersama-sama kaum Cina yang jauh lebih maju. Kemajuan kaum Cina disifatkan sebagai kejayaan bagi kaum India juga sedangkan hal sebenarnya adalah kaum India tidak mencapai apa-apa kemajuan pun. Umpamanya, tambahan hakmilk ekuiti bukan bumiputera sebanyak 46.2 peratus itu tidak pun merupakan kejayaaan untuk kaum India. Peruntukan kaum India dari hakmilik ekuiti hanya berjumlah 1 peratus sahaja- jumlah yang sama pada masa DEB dilancarkan.[24]
Mengikut jadual 3.2.3 ekuiti korporat bagi kaum India pada tahun 1969 ialah 0.9 peratus sahaja kerana kebanyakan masyarakat India masih terlibat dalam bidang pertanian sebagai buruh upah di ladang-ladang getah. Keadaan ini menyebabkan mereka gagal membentuk syarikat korporat walaupun telah bekerja untuk jangka masa yang agak lama.
INVESTMENT : OWNERSHIP OF SHARE CAPITAL OF  LIMITED COMPANIES IN WEST MALAYSIA
1969 AND 1982
                                                                                         1969

All Industries



Companies Incorporated in West Malaysia
($000)
%
Residents


Malays
49294
1.0
Malay interests
21339
0.5
Chinese
1064795
22.8
Indians
40983
0.9
Federal and State Government
21430
0.5
Nominee companies
98885
2.1
Other individuals and locally controlled companies
470969
10.1
Foreign controlled companies in Malaysia
282311
6.0



Non Residents


West Malaysian branches of companies incorporated Abroad
1235927
26.4



Net investment by Head Office
1391607
29.7
Total
4677540
100.0
1982
Ownership Groups
$ million
%



  Malaysian residents
31903.5
65.3
Bumiputera individuals and trust agencies
7597.3
15.6
  Bumiputera individuals
3636.1
7.5
  Trust agencies
3961.2
8.1
Other Malaysian residents
24306.2
49.7
  Chinese
16345.5
33.4
  Indian
423.7
0.9
  Others
772.9
1.6
  Nominee companies
2443.2
5.0
  Locally-controlled companies
4320.9
8.8
Foreign residents
16970.3
34.7
Share in Malaysian companies
10319.1
21.1
Net assets of local branches
6651.2
13.6
Total
48873.8
100.0




                                                            Jadual 3.2.3
Sumber :         Jabatan Perangkaan Negara, Kajian Mengenai Pemilikan Syarikat-Syarikat Berhad, Jabatan Percetakan Negara, Kuala Lumpur, 1982.

Namun begitu, keadaan tidak berubah sehingga tahun 1982. Walaupun jumlah modal bertambah menjadi RM 423.7 juta tetapi peratus penguasaan ekonomi negara masih 0.9 peratus sahaja. Hakmilik modal saham masyarakt India pada tahun 1990 ialah 1.0 peratus. Ini menunjukkan dalam masa 10 tahun ekuiti masyarakat India hanya meningkat 0.1 peratus sahaja. Walaupun jumlah pelaburan masyarakat India menjadi RM 1068.0 juta. Ini adalah kerana berlaku peningkatan penguasaan ekuiti ekonomi oleh masyarakat Melayu dan masyarakat Cina.
“Hakmilik modal saham di syarikat-syarikat Berhad
Malaysia adalah 0.9 peratus pada 1969. Pada 1970
meningkat menjadi 1.0 peratus dengan
memiliki RM1000 juta.[25]

Tetapi apabila DEB berakhir pada 1990, masyarakat India masih tidak maju dan berada di tahap yang lebih teruk lagi. Pardana menteri malaysia pernah meluahkan rasa dukacita ketika membentang Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua pada 17 Jun 1991. Mengikut beliau masyarakat India masih berada di tahap yang teruk. Ini adalah kerana kadar kemiskinan masyarakat India pada tahun 1990 ialah 8.0% berbanding dengan 39.0% pada tahun 1970.[26]
            Di antara tahun 1985 hingga 1988, hak milik ekuiti masyarakat India adalah kekal pada paras 1.2 peratus. Dalam tahun 1988, menurut Rancangan Malaysia Kelima, modal saham orang2 India adalah 1.2 peratus. Tambahan sebanyak 0.2 peratus selama 18 tahun tidak boleh dikatakan sebagai menggalakkan. Untuk mengekalkan saham-saham kurang daripada 1 peratus, ia memerlukan simpanan dan pelaburan tahunan sebanyak RM50 juta oleh kaum India[27] dan ini adalah satu keadaan yang mustahil terutamanya bagi kaum India dalam meningkatkan pemilikan kepada 10 peratus. Pada tahun 1990, pemilikan ekuiti masyarakat India masih kekal pada paras 1% sahaja. Ini adalah daripada angka-angka terakhir yang diberikan oleh Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua yang memnunjukkan ekuiti masyarakat kaum India adalah 1 peratus. Angka ini adalah sama dengan angka pada tahun 1970. Bagi kaum India, matlamat 10 peratus yang ditetapkan oleh kerajaan tidak tercapai dan masih kekal pada paras satu peratus.








8.0     KESIMPULAN
Kesimpulannya,  jelas menunjukkan bahawa bermula dari zaman kedatangan masyarakat India ke Tanah Melayu oleh British, diikuti dengan zaman pentadbiran Jepun dan Zaman pengenalan Dasar Ekonomi Baru sehingga berakhirnya pada tahun 1990, keadaan sosio-ekonomi kaum India tidak banyak berubah. DEB yang dilaksanakan selama 20 tahun membuktikan bahawa kaum India masih ketinggalan dari segi sosio-ekonomi berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Perkara ini menyebabkan wujudnya masalah masalah sosial, masalah kemiskinan, dan keadaan ketidakubahan pemilikan ekuiti mereka.
Kita harus belajar dari pengalaman daripada dekat-dekat lampau untuk memperbaiki kedududkan sosio-ekonomi kaum India. Masa depan kaum India bukan hanya terletak pada pekerjaan dan parti politik seperti MIC tetapi kaum India itu sendiri harus sedar bahawa masa yang tinggal tidaklah banyak dan perlu bangun memajukan diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.










9.0       RUJUKAN
  1. Malaysia, Rancangan Malaysia Kedua, Jabatan Percetakan Negara, Kuala Lumpur, 1970, ms.1.
  2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei diakses pada 25 September 2015
  3. http://kerajaanrakyat.blogspot.my/2012/08/keganasan-kaum-cina-dalam-tragedi.html diakses pada 25 September 2015
  4. Edmund Terence Gomez (1994), Political business: Corporate involvement of Malaysian political parties, Paperback, Malaysia.
  5. Arasaratnam, S. 1970. Indian in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur
  6. (Tidak Nama),(1989), SUCKED ORANGES : THE INDIAN POOR IN MALAYSIA, Kuala Lumpur INSAN
  7. Fuller, B., “What School Factors Raise Achievement in the Third World”. Review of Educational Research 57, No. 3, 1987, hlm 255-292.
  8. Kajian luar yang dijalankan oleh pengkaji pada 2.12.1997; Marimuthu, T., op.cit., hlm 469; Ucapan  Dasar Presiden MIC, Perhimpunan Agung MIC Yang Ke-33, MIC Pusat, Kuala Lumpur, 20-21 Julai, 1985.
  9. New Straits Times, 5 Januari 1989.
  10. Laporan Tahunan Perhimpunan Agung MIC Yang Ke-26, 1976, MIC Pusat, Kuala Lumpur, 1976, hlm.18
  11. Sandhu K.S, Mani A : Indian Communities In SouthEast Asia, ms.467
  12. Chandrasekhagan & Marimuthu , An inquiry into the state of food, nutrition and health in plantations: 1980
  13. Unit Perancangan Sosio-Ekonomi. Sosio-Economic Study of Rubber Estate Workers, Unit Perancangan Sosio-Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur April 1981. Ms.vi
  14. Kerajaan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru Untuk Pembangunan Negara, ms.45
  15. Oorjitham, Susan K.S  1993 “ Urban Working-Class Indians In Malaysia.” Indian Communities In  Southeast Asia, Eds., Santhu, K.S. dan A.Mani, ISEAS & Times Academic Press, Singapore, 1993
  16. Temubual dengan Encik Arivind di ibu pejabat MIC pada 31 September 2015.
  17. Khoo Kay Kim, Alias Mohamed, “ menjinakkan Murid-Murid Sekolah”, Masalah Sosial dan Politik Di Malaysia, Gateway Publishing House Sdn.Bhd, Kuala Lumpur, 1984, hlm 19.
  18. Chamhuri Siwar,”Pembasmian Kemiskinan Dalam Jangkamasa DEB: Beberapa Isu dan Masalah.”Dasar Ekonomi Baru dan Masa Depannya, eds. Khadijah Muhamed dan Halimah Awang, Persatuan Sains Sosial Malaysia, Kuala Lumpur, 1991, ms.29.
  19. Chandra Muzaffar, the NEP and the Eradication of Poverty, Aliran, Pulau Pinang, 1989.
  20. Khadijah Muhamed dan Halimah Awang, eds., Dasar Ekonomi Baru dan Masa Depannya, Persatuan Sains Sosial Malaysia, Kuala Lumpur, 1991. ms 5
  21. INSAN, Sucked Oranges: The Indian Poor In Malaysia, INSAN, Petaling Jaya, 1989, ms.2.
  22.   Ibid.
  23. Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi, Dasar Ekonomi Baru – Prestasi 1986-88 dan Prospek, 1988-90, Kuala Lumpur, 1989.ms,44
  24. MIC, Pusingan Kedua Wawasan 2020 dan Kaum India, Kuala Lumpur, 1994, para 20.
  25. MIC, The New Economic Policy and Malaysian Indians: MIC Blueprint, MIC Pusat, Kuala Lumpur, 1974, hlmn 14
  26. Malaysia, The Second Outline Perspective Plan, 1991-2000, Jabatan Perangkaan Negara, Kuala Lumpur, 1991, hlm 46.
  27. Pathmanathan, M. “Comparative Analysis of the Economic Position of The Malaysian Indian Between 1970 and 1986.” Kertas dibentangkan di Seminar Indian Chamber Of Commerce, Pulau Pinang, ms.9.







10.0     LAMPIRAN
           






Temuduga dengan En.Arivind


[1] Malaysia, Rancangan Malaysia Kedua, Jabatan Percetakan Negara, Kuala Lumpur, 1970, ms.1.
[2] https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei diakses pada 25 September 2015
[4] Edmund Terence Gomez (1994), Political business: Corporate involvement of Malaysian political parties, Paperback, Malaysia.
[5] Arasaratnam, S. 1970. Indian in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur
[6] (Tidak Nama),(1989), SUCKED ORANGES : THE INDIAN POOR IN MALAYSIA, Kuala Lumpur INSAN
[7] Untuk maklumat lanjut, rujuk Fuller, B., “What School Factors Raise Achievement in the Third World”. Review of Educational Research 57, No. 3, 1987, hlm 255-292.
[8] Kajian luar yang dijalankan oleh pengkaji pada 2.12.1997; Marimuthu, T., op.cit., hlm 469; Ucapan  Dasar Presiden MIC, Perhimpunan Agung MIC Yang Ke-33, MIC Pusat, Kuala Lumpur, 20-21 Julai, 1985.
[9] New Straits Times, 5 Januari 1989.
[10] Laporan Tahunan Perhimpunan Agung MIC Yang Ke-26, 1976, MIC Pusat, Kuala Lumpur, 1976, hlm.18
[11] Edited by Sandhu K.S, Mani A : Indian Communities In SouthEast Asia, ms.467
[12] Chandrasekhagan & Marimuthu , An inquiry into the state of food, nutrition and health in plantations: 1980
[13] Unit Perancangan Sosio-Ekonomi. Sosio-Economic Study of Rubber Estate Workers, Unit Perancangan Sosio-Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur April 1981. Ms.vi
[14] Kerajaan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru Untuk Pembangunan Negara, ms.45
[15] Oorjitham, Susan K.S  1993 “ Urban Working-Class Indians In Malaysia.” Indian Communities In  Southeast Asia, Eds., Santhu, K.S. dan A.Mani, ISEAS & Times Academic Press, Singapore, 1993.
[16] Temubual dengan Encik Arivind di ibu pejabat MIC pada 31 September 2015.
[17] Khoo Kay Kim, Alias Mohamed, “ menjinakkan Murid-Murid Sekolah”, Masalah Sosial dan Politik Di Malaysia, Gateway Publishing House Sdn.Bhd, Kuala Lumpur, 1984, hlm 19
[18] Chamhuri Siwar,”Pembasmian Kemiskinan Dalam Jangkamasa DEB: Beberapa Isu dan Masalah.”Dasar Ekonomi Baru dan Masa Depannya, eds. Khadijah Muhamed dan Halimah Awang, Persatuan Sains Sosial Malaysia, Kuala Lumpur, 1991, ms.29.
[19] Chandra Muzaffar, the NEP and the Eradication of Poverty, Aliran, Pulau Pinang, 1989.
[20] Khadijah Muhamed dan Halimah Awang, eds., Dasar Ekonomi Baru dan Masa Depannya, Persatuan Sains Sosial Malaysia, Kuala Lumpur, 1991. ms 5
[21] INSAN, Sucked Oranges: The Indian Poor In Malaysia, INSAN, Petaling Jaya, 1989, ms.2.
[22] Ibid.
[23] Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi, Dasar Ekonomi Baru – Prestasi 1986-88 dan Prospek, 1988-90, Kuala Lumpur, 1989.ms,44
[24] MIC, Pusingan Kedua Wawasan 2020 dan Kaum India, Kuala Lumpur, 1994, para 20.
[25] MIC, The New Economic Policy and Malaysian Indians: MIC Blueprint, MIC Pusat, Kuala Lumpur, 1974, hlmn 14
[26] Malaysia, The Second Outline Perspective Plan, 1991-2000, Jabatan Perangkaan Negara, Kuala Lumpur, 1991, hlm 46.
[27] Pathmanathan, M. “Comparative Analysis of the Economic Position of The Malaysian Indian Between 1970 and 1986.” Kertas dibentangkan di Seminar Indian Chamber Of Commerce, Pulau Pinang, ms.9.

No comments:

Post a Comment