Monday, October 5, 2015

Peranan Institusi Keagamaan



1.0  Pengenalan

Masyarakat India di Malaysia merupakan etnik yang ketiga terbesar di Malaysia dimana mereka juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehinggga kini. Masyarakat India hijrah dari India ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Tetapi, sumber-sumber sejarah dan juga kajian membuktikan bahawa kaum India telah tiba di Malaysia sejak zaman keagungan dinasti chola. Selain itu, secara amnya masyarakat India di Malaysia berasaskan budaya masyarakat selatan dan hal ini telah mendorong masyarakat India supaya kekalkan budaya mereka sehingga kini dimana institusi-institusi agama juga telah menjadi factor bagi perkembangan budaya masyarakat India di Malaysia.
Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia, dimana mereka bukan sahaja mengenal Tuhan tetapi juga memberi kesejahteraan hidup. Fenomena ini juga boleh mengaitkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan. Selain itu, agama juga merupakan cara untuk mengwujudkan keyakinan bagi yang menganut dan amalan yang diwujudkan oleh sesuatu kelompok atau masyarakat. Tidak dapat dinafikan bahawa agama mengajar etika dan membangunkan ikatan sosial sehingga wujudnya masyarakat berkelompok.
Institusi-institusi agama merupakan tempat ataupun struktur bagi masyarakat India dimana mereka dapat mempelajari dan merupakan cara untuk mempertahankan budaya mereka. Institusi agama juga mempunyai mekanisme sosial daripada persatuan yang mengawasi tingkah laku dua atau  lebih. Budaya juga boleh definiskan sebagai paten aktiviti manusia dan struktur simbol yang merupakan salah satu cara juga memberikan kebaikan kepada aktiviti-aktiviti tersebut. Institusi agama memainkan peranan penting dalam pembangunan agama India yang juga cara untuk mendirikan akhlak yang berjaya di setiap langkah mereka. Pembangunan institusi agama atau budaya masyarakat India di Malaysia dalam pelbagai aspek dan akan menjadi cara yang senang untuk mempertahankan setiap budaya mereka.
Terdapat beberapa institusi-institusi agama yang terdiri juga daripaa kuil-kuil dan persatuan – persatuan agama. Antara institusi – institusi agama di Malaysia yang bergiat cergas adalah Pure life society, Temple of Fine Arts, Hindhu Saiva Sangam, Vivekanda Asharam, Devine life society, Arulnery Thirukottam, Malaysia Hindu Iyakkam, Saiva Sithantha Church, Saiva Sithantha Mandram, Agathiyar Sanmarkam Sangam, Vallalar Mandram, Ramakrishan Mission, Hindu’s Saba dan sebagainya.

2.0  Temple of Fine Art
Temple of Fine Arts merupakan salah satu institusi agama yang mempertahankan budaya masyarakat India di Malaysia. Mereka juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan setiap tradisi masyarakat India. Temple of Fine Arts merupakan tempat yang melingkungi dengan tradisi masyarakat India dimana setiap bakat dapat dikembangkan dengan mempelajari alat muzik tradisional dan juga tarian tradisional kaum India. Mereka memperluaskan tempat pembelajaran bagi masyarakat India dimana mereka dapat mengenali ataupun mengetahui setiap tradisi mereka. Temple of fine arts juga merupakan sekolah yang mengajar pelajar-pelajar setiap cara untuk mereka belajar mengenai ini. Selain itu, mereka juga mempraktiskan setiap cara ataupun ajaran di sekolah mereka supaya pelajar – pelajar di sekolah mereka juga dapat mengikuti. Sekolah boleh dikategorikan sebagai salah satu institusi yang terkenal dengan guru – guru yang mahir dalam pengetahuan muzik ataupun tarian India dan ada juga di mempunyai ijazah dalam bidang – bidang tersebut. Mereka juga guru – guru yang berpengalaman dalam bidang ini.

3.0  Kuil
Kuil merupakan tempat keagamaan masyarakat India yang distruktur bagi aktiviti yang berasakan keagamaan dan juga kerohanian seperti memuja setiap dewa kepercayaan masing – masing. Kuil juga membayangkan rumah para dewa yang menyambung geometri langit dan bumi. Pembinaan kuil ditakrifkan sebagai alam semesta dan prinsip pembinaan, bentuk, dan perhiasan. Selain itu, masyarakat India juga mempercayai upcara yang berlaku di dalamnya adalah untuk mencapai keluhuran. Dari segi binaan, kuil Hindu adalah seni purba yang lahir daripada kepercayaan dan budaya yang ulung. Kuil Hindu juga mewakili badan manusia di mana kepala kuil menuju ke barat dan kakinya menuju ke sebelah timur. Kuil memainkan peranan penting sebagai institusi agama dalam mempertahankan budaya masyarakat India di Malaysia.  Kuil mengajar ataupun menganut setiap dewa dengan mempraktiskan setiap ajaran agama yang bermaksud kuil dapat memgajar ajaran agama yang dipraktiskan oleh mereka dengan lebih mendalam kepada setiap penganut.
Selain daripada menganut, kuil juga merupakan tempat yang mempunyai semua nilai positif yang juga mengalihkan tenaga negatif di dalam badan penganut. Ini dapat membantu masyarakat India terutamanya remaja untuk tidak mengikuti jalan hidup yang boleh menyebabkan mereka pengaruh terhadap benda – benda yang tidak sihat. Ketenangan dan kesihatan juga memainkan peranan penting bagi penganut yang mengkunjungi kuil dimana mereka dapat memperolehi ketenangan dalam hidup mereka yang mempunyai pelbagai rintangan hidup setiap hari.




4.0  Pemakanan
Pemakanan tradisional masyarakat India dapat dipertahankan dengan adanya institusi – institusi agama di Malaysia. Amalan memasak makanan tradisional dapat dikekalkan kerana institusi – institusi agama masyarakat India di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa institusi – institusi agama mengambil pelbagai langkah yang perlu untuk mengekalkan amalan memasak pakaian tradisional bagi perayaan ataupun bagi mana – mana pemujaan. Salah satu budaya pemakanan masyarakat India ialah makan makanan yang beralaskan daun pisang. Makanan yang biasanya makan beralaskan daun pisang adalah nasi putih bersama – sama dengan aneka sayuran, kari daging, atau ikan, jeruk dan papadum. Secara tradisionalnya, ia dimakan dengan mengunakan tangan kerana yang dapat membantu penghadamanan makanan dengan lebih cepat. Budaya ini masih dapat dikekalkan di Malaysia ekoran daripada amalan tersebut masih diamalkan di kuil – kuil tempatan. Walaupun pada zaman yang serba moden ini, pemakanan beralaskan daun pisang tidak dikira sebagai sesuatu yang memalukan di kalangan masyarakat India tetapi ia merupakan budaya kebanggaan masyarakat India di Malaysia.
Selain itu, daun pisang juga digunakan kerana mereka percaya bahawa nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang akan melepaskan lapisan dan daun pisang juga dapat memyelerakan makanan yang dihidang. Walaupun kini kebanyakkan kuil di kawasan bandar menggunakan pinggan dan kertas untuk mengalaskan makanan ekoran daripada kesulitan untuk mendapatkan daun pisang di kawasan bandar tetapi mereka masih menyembah makanan kepada patung – patung berhala dengan beralaskan daun pisang. Tetapi kuil – kuil di kawasan pedalaman masih menggunakan daun pisng untuk mengalaskan makanan kepada penganut – penganutnya kerana mereka dengan mudah mendapatkan bekalan daun pisang berbanding di kawasan bandar. Secara tidak langsung, amalan ini bukam sahaja menarik minat masyaraakat India di Malaysia tetapi juga telah menarik minat masyarakat bukan India seperti kaum Cina dan Melayu untuk makan dengan beralaskan daun pisang. Selain itu, budaya memakan dengan menggunakan tangan masih lagi dipelihara melalui institusi – institusi agama terutamanya di kuil. Ini disebabkan, jika makan di kuil mereka kena menggunakan tangan untuk maka. Walaupun penggunaan tangan bukan sesuatu yang diwajibkan di kuil – kuil tetapi biasanya di kuil tidak disediakan kemudahan sudu dan garpu untuk makan. Oleh yang demikian penganut – penganut terpaksa gunakan tangan untuk makan di kuil. Secara tidak langsung ia telah menggalakkan masyarakat India untuk menggunakan tangan dan daun pisang untuk makan, lalu memelihara budaya kita.
Institusi – institusi agama juga memainkan peranan penting dalam menghidangkan makanan tradisional bagi setiap perayaan ataupun majlis – majlis yang berasaskan tradisi. Hal ini dapat mempertahankan makanan tradisional India dimana orang lain dapat dipengaruhi untuk menikmati makanan tradisional yang disediakan dan juga dapat memupuk semangat untuk mempertahankan tradisi tersebut. Pada masa sesuatu perayaan seperti Ponggal, Thaipusam, dan Tirukartigai, kuil-kuil akan menghidangkan makanan tradisional seperti manisan masyarakat India yang paling banyak digunakan iaitu nasi ponggal, laddu, payasam, kesari dan lain – lain. Selain daripada itu, setiap persatuan Hindu yang terdapat di Malaysia seperti Pure Life Society  juga akan menghidang makanan tradisional masyarakat India seperti thosai, idli, vadai dan payasam semasa mereka menganjurkan sesuatu program. Bagi orang ramai yang menghadiri program seperti ini dapat memperolehi pengetahuan di samping itu mereka juga dapat menikmati makanan tradisional mereka sejak turun – temurun. Oleh itu, institusi – institusi agama memainkan peranan untuk mempertahankan budaya melalui cara seperti yang telah diteraikan di atas.

5.0  Pemakaian
Pemakaian setiap masyarakat merupakan elemen yang penting dimana mereka dapat merefleksikan budaya mereka melalui pemakaian pakaian tradisional. Institusi – institusi agama memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan budaya pemakaian di kalangan masyarakat India supaya semua orang dapat mengenali budaya mereka dengan lebih luas. Cara yang telah dipraktiskan untuk mengekalkan tradisi pemakaian pakaian tradisional mereka adalah melalui tradisi memakai pakaian tradisional tersebut ke kuil-kuil. Pakaian tradisional yang dipakai oleh masyarakat India ke kuil merupakan sesuatu yang penting ataupun tradisi yang diwarisi sejak turun – temurun dan juga merupakan sesuatu yang telah ikuti oleh setiap orang. Antara pakaian tradisional masyarakat India adalah terdiri daripada sari, dhoti, pavada thavani, jippa dan sebagainya. Sari merupakan pakaian tradisional masyarakat India yang dipakai oleh kaum wanita. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan – akan kain tersebut, serta blaus yang bersama warna sama atau setentang dengannya.

Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri dan sari diperbuat daripada pelbagai jenis corak, dan warna kain yang sememangnya indah.  Manakala dhoti merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki, pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Amalan pemakaian pakaian tradisional India dapat dikekalkan di kalangan masyarakat India di Malaysia walaupun pada zaman yang serba moden ini, pengaruh pakaian moden seperti pemakaian jeans dan t-shirt berleluasa di kalangan masyarakat India terutama di kalangan golongan remaja wanita. Memang ramai antara mereka yang tidak dapat memakai pakaian tradisional seperti pakaian harian mereka kerana mereka rasa tidak selesa semasa mereka pergi ke tempat kerja.
Institusi – institusi juga menganjurkan pertandingan – pertandingan seperti thevaram dan bhajan yang mewajibkan setiap peserta memakai pakaian tradisional yang lengkap. Pakaian juga diwajibkan sebagai salah satu syarat penyertaan dalam pertandingan seperti itu. Peraturan seperti ini telah mengalakkan masyarakat India untuk memakai pakaian tradisional mereka terutamanya di kalangan pemuda yang kian terpengaruh dengan pakaian moden. Mereka berfikiran bahawa ia menjadi satu kewajiban untuk memakai pakaian tradisional semasa ke kuil dan juga semasa menghadiri majlis perkhawinan ataupun mana-mana majlis yang berasaskan tradisi. Setiap orang yang menghadiri perkhawinan akan berpakaian tradisional dan juga ke setiap majlis yang lain. Pengantin perempuan dan pengantin lelaki juga akan berpakaian tradisional sehingga mereka memenuhi setiap adat perkhawinan. Hal ini juga mendorong atau mengalakkan masyarakat India mengelakkan pakaian tradisional.
Di samping itu, ia menjadi satu mentality di kalangan kebanyakan orang dalam masyarakat India dimana mereka akan memakai pakaian tradisional semasa pergi ke kuil kerana mereka berpendapat bahawa pakaian tradisional merupakan pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa menghadiri setiap upacara atau pemujaan yang dijalankan di kuil. Oleh kerana hal ini telah dipraktiskan, institusi – institusi agama percaya bahawa mereka dapat mengekalkan budaya masyarakat India secara tidak langsung sehingga generasi yang akan datang. Maka, institusi – institusi agama ini dapat mempertahankan budaya pemakaian masyarakat India yang telah diwarisi secara turun-temurun melalui cara yang telah diikuti sejak zaman dahulu.


6.0  Kesenian
Bukan sahaja pemakaian ataupun pemakanan yang memainkan peranan dalam mempertahankan budaya masyarkat India Malaysia malah kesenian juga memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan budaya masyarakat India. Kesenian merupakan sesuatu yang menyerlahkan budaya kaum tersebut di mana kesenian seperti mana yang telah diwarisi oleh kaum tersebut. Kesenian masyarakat India terdiri daripada alat muzik dan tarian tradisional. Alat muzik masyarakat India ialah veenai, tabala, sittar dan sebagainya. Veenai bernama sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan digunakan dalam persembahan muzik di setiap upacara. Tabala pula adalah sejenis alat perkuasi dalam ensemble muzik tradisional India yang dimainkan secara solo atau mengiringi upcara keagamaan, persembahan, barathanatyam, perkahwinan dan sebagainya. Manakala, tarian tradisional masyarakat India adalah seperti baratham, tarian peacock, dan tarian kollam.
Tarian baratham merupakan tarian klasik India yang merangkumi penuh dengan tradisi dan untuk mempelajari tarian barathan ini akan mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki, dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap. Temple fine of arts merupakan sebuah institusi yang mempraktiskan semua ini dan juga mengajar alat muzik tradisional masyarakat India dan juga tarian tradisional masyarakat India. Dengan mempunyai institusi – institusi seperti ini, masyarakat India dapat mengenali dan mempelajari kesenian tradisional mereka yang akan juga menarik minat semua untuk mempertahankan dan memlihara kesenian tersebut sentiasa. Selain itu, pertandingan – pertandingan yang bersasaskan kesenian perlu dianjurkan di kalamgan pelajar supaya ramai yang dapat mengasasi kemahiran mengunakan alat muzik tersebut dan juga tarian tradisional dapat dipelihara.
Kuil –kuil ataupun institusi – institusi juga perlu menganjurkan pertandingan bhajan, tarian, devaram dan melukis kolam pada hari – hari istimewa dewa seperti navarathiri, kandasasti, Thaipusam dan lain – lain. Cara ini dapat membantu untuk memupuk minat di kalangan pelajar dan juga dewasa untuk menyertai dan meluaskan lagi kemahiran mereka dalam bidang kesenian. Manakala, pertandingan devaram dan bhajan memainkan peranan dalam pengekalan sanggetham iaitu lagu – lagu suci yang perlu dinyanyikan dengan “suthi” dan “pann” yang betul. Kuil – kuil juga turut memelihara kesenian masyarakat India iaitu nathasvaram, meelam, urumy, dan sebagainya. Kesenian masyrakat India seperti ini selalunya dimainkan di perayaan istimewa seperti Thaipusam, perayaan tahunan kuil, upacara atau pemujaan. Alat muzik ini membawa atau mempraktiskan kemahiran mengunkan alat muzik tersebut dengan ajaran yang telah diwarisi sejak turun – temurun dimana mereka juga mempunyai institusi-institusi tersendiri yang mengajar cara untuk mengunakan alat – alat muzik tersebut. Dengan itu, amalan – amalan seperti ini dapat membantu atau menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengekalkan budaya kesenian masyarakat India di Malaysia.










7.0  Bahasa
Bahasa memainkan peranan penting dalam mempertahankan budaya masyarakat India di Malaysia kerana bahasa yang akan membezakan kaum dimana setiap kaum mempunyai bahasa mereka tersendiri. Pengekalan dalam pengunaan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantaraan di kalangan masyarakat India adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Institusi – institusi agama telah memainkan peranan yang besar untuk mengekalkan bahasa tamil sebagai bahasa penghantar. Pada masa sekarang, ramai ibu bapa yang hantar anak – anak mereka ke sekolah kebangsaan dan bukan sekolah tamil, ini menunjukkan sesuatu yang tidak bagus kerana ibu bapa perlu hantar anak – anak mereka ke sekolah yang berasas kepada bahasa mereka supaya anak – anak mereka dapat berfasih bahasa mereka dan anak – anak juga dapat membaca serta menulis di dalam bahasa mereka. Malahan dalam kehidupan harian masyarakat India juga turut kesuntukan peluang untuk berkomunikasi dalam bahasa tamil, memandangkan di sekolah dan tempat kerja lazimnya bahasa melayu dan bahasa Inggeris akan digunakan sebagai bahasa penghantar.
Hal ini dapat diselesaikan kerana wujudnya institusi – institusi agama, mereka memberikan peluang yang cerah kepada masyarakat India untuk menjadikan bahasa tamil sebagai bahasa penghantar. Contohnya, persatuan – persatuan seperti Saiva Sithanda Mandram dan Saiva Sithanda Church menggunakan teksnya yang berada dalam bahasa tamil.  Selain itu, persatuan Hindu Sangam juga turut memainkan peranan dalam memelihara bahasa tamil, mereka mengendalikan kursus – kursus terutamanya dalam bahasa tamil. Persatuan – persatuan ini akan mengunakan bahasa tamil sebagai bahasa penghantar di mana mereka selalu menguna bahasa tamil bagi setiap majlis yang dilancarkan oleh mereka kerana bagi mereka bahasa tamil merupakan bahasa yang perlu dipraktiskan dan bahasa tamil adalah bahasa ibunda bagi mereka.
Manakala, Persatuan Pure Life Society and Divine Life Society mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar tetapi mereka masih mengunakan bahasa tamil semasa mereka mengucap di sesuatu majlis ataupun ceramah. Hal ini menunjukkan bahawa mereka memainkan peranan dalam mengekalkan bahasa tamil sebagai bahasa penghantaraan. Persatuan – persatuan ini secara tidak langsung mengalakkan masyarakat India untuk mempelajari bahasa tamil dan mempraktiskan bahasa tamil sebagai bahasa penghantar yang juga mengungkit minat bagi pelajar yang bukan dari sekolah tamil untuk mempelajari bahasa tamil dengan lebih luas lagi. Terdapat juga organisasi yang memnitikberatkan pengajaran falsafah saiva sithantham. Mereka memberi keutamaan untuk mempelajari atau mengetahui mengenai bahasa tamil dengan lebih dalam. Mereka juga menekan pelajar dan masyarakat India untuk mengunakan bahasa tamil sebagai bahasa penghantar dan sebagai bahasa yang mereka memberikan kepentingan selalu. Malaysia Hindu Sangam merupakan organisasi yang menjalankan aktiviti – aktiviti agama dengan mengunakan bahasa tamil sebagai bahasa penghantaran dan mereka juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Negara. Mereka mengedar majalah atau risalah yang dicetak dalam bahasa tamil. Oleh itu, terdapat banyak intitusi – intitusi agama yang memainkan peranan untuk mengekalkan bahasa sebagai bahasa penghantar.








8.0  Persaudaraan
Institusi – institusi agama juga memainkan peranan penting dalam mempertahankan persaudaraan yang budaya India di Malaysia dimana mereka akan berkumpul di kuil atau tempat yang mengadakan upacara. Mereka akan berkumpul untuk membersihkan kawasan kuil dan juga menyediakan bahan – bahan yang akan digunakan bagi pemujaaan ataupun upacara yang akan dijalankan pada hari tersebut. Semua penduduk kawasan dan lading – lading tersebut akan bergotong-royong membersihkan tempat ibadat mereka dan menyediakan setiap keperluan dari segi barangan dan tenaga pekerja. Di samping itu, persatuan turut ditubuhkan di ladang untuk menjaga hal – hal agama di ladang tersebut. Persatuan – persatuan ini dapat telah mengambil beberapa langkah yang perlu supaya segala kebajikan dan juga hubungan antara penduduk supaya mereka sentiasa bersama dan bersatu. Untuk lebih memastikan kebajikan dan hubungan antara majikan dijaga, ceramah dan bengkel mengenai beberapa kemahiran telah dianjurkan supaya orang ramai dapat menyertai dan berinterkasi dengan satu sama lain. Cara ini dapat membantu persatuan tersebut dimana hubungan diantara mereka dapat dikekalkan. Oleh itu, institusi – institusi agama dapat membantu dalam mempertahankan budaya India di Malaysia.









9.0  Nilai – nilai murni
Setiap kaum mempunyai nilai-nilai murni mereka yang tersendiri dimana mereka mempraktiskan nilai-nilai murni tersebut dalam kehidupan harian mereka. Nilai – nilai murni juga merupakan ajaran agama bagi setiap situasi yang semua hadapi. Antara nilai – nilai murni yang dipupuk atau diikuti oleh masyarakat India adalah nilai bertanggungjawab. Masyarakat India memegang kepada konsep dimana setiap orang perlu bertanggungjawab melaksanakan tugas mereka atau mereka perlu berkerja keras dengan sentiasa mengingati setiap tanggungjawab yang mereka mempunyai di hidup mereka. Oleh itu, mereka mematuhi nilai tanggungjawab dengan berkerja keras bagi setiap halangan yang ditempuhi oleh mereka. Selain daripada itu, nilai murni hormat-menghormati juga merupakan salah satu  yang diamalkan oleh masyarakat India di Malaysia. Banyak persatuan yang mengadakan ceramah yang berasaskan dan menekankan supaya menghormati ibu bapa kita.
Ceramah – ceramah seperti ini akan menimbulkan rasa hormat kepada ibu bapa terutama di kalangan generasi muda yang kini kian luntur akhlak moralnya. Di samping itu, penggunaan falsafah Hindu contohnya seperti “Maatha, Pitha, Guru, dan Deivam” masih digunakan dalam setiap institusi untuk menimbulkan rasa hormat ke atas keempat – empat golongan tersebut. Secara amnya, institusi – institusi agama menekankan ibu bapa perlu disanjung seperti Tuhan, guru adalah yang mendapat memberi ilham tentang dunia khairat. Hal ini dapat dilihat semasa perayaan atau upcara mereka dimana anak – anak muda akan meminta restu daripada ibu bapa sebelum melakukan aktiviti agama atau pada hari – hari istimewa seperti hari deepavali, pada hari lahir dan sebagainya tetapi ini tidak bermaksud bahawa anak – anak tersebut boleh meminta restu hanya pada hari – hari istimewa sahaja, padahal mereka boleh meminta restu pada bila – bila masa.
Mereka akan mendapat pahala setiap kali mereka mendapatkan restu. Guru pooja juga dipraktiskan oleh masyarakat India dimana mereka memuja guru. Pemujaan mereka yang mengorbankan diri untuk mencipta falsafah – falsafah iaitu mereka yang berfikiran luas atau tinggi. Nilai – nilai murni ini telah disemai di dalam setiap golongan masyarakat Hindu dan dipraktiskan sebagai tuju hala hidup. Oleh itu, institusi – institusi agama telah memainkan peranan yang penting dalam menyemai nilai – nilai murni dalam kalangan masyarakat India di Malaysia.


















10.0       Kesimpulan
Institusi – institusi agama memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan budaya India di Malaysia. Setiap persatuan atau institusi agama yang berasaskan budaya India dan juga pembangunan masyarakat India telah mengambil langkah yang sebanyak mungkin supaya setiap orang dapat mengenali budaya mereka dan juga mewarisi setiap tradisi yang telah diamalkan sejak turun – temurun. Adat atau tradisi yang memberi identity bagi setiap kaum perlu sentiasa dipraktiskan atau ditekankan walau bagaimanapun, hal ini kerana ia merupakan sesuatu yang perlu sentiasa dihargai dan dikekalkan sehingga generasi yang akan datang. Selain daripada itu, institusi – institusi agama juga melahirkan banyak pelajar yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai agama dan budaya mereka. Ramai yang dapat manfaat daripada institusi – institusi seperti ini dimana mereka boleh meluaskan pengetahuan mereka dan mereka juga akan pelihara setiap perkara yang telah dipelajari. Kesimpulannya, insitusi – institusi lain juga memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat dan budaya India selain insitusi agama. Mereka menekankan sebanyak mungkin setiap tradisi, praktis atau amalan melalui persatuan supaya ia dikenali dan dipraktiskan selalu.









11.0       Rujukan


No comments:

Post a Comment